Dengan tudung FAREEDA anda nyata jelita..

KATA MEREKA...

"Tudung ini bukan sebarang tudung yang banyak dijual di Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur atau pasar-pasar malam yang hanya boleh diperoleh dengan harga RM5. Ia adalah tudung siap pakai yang dibuat daripada kain sifon dan lycra yang bermutu tinggi lagi selesa dan sejuk dipakai"

Sadatul Mahiran Rosli
Utusan Malaysia.


"Hanya material terbaik digunakan untuk menghasilkan tudung FAREEDA. Apa yang pasti rata-rata testimonial pelanggan yang memakai tudung FAREEDA berpuas hati dengan rekaan dan pola warna yang selesa serta cantik"

Radzha Md Raieh
Majalah NUR


"FAREEDA menghasilkan rekaan tudung yang bukan sahaja berkualiti tinggi dan cantik malah ia mudah digayakan"

Intan Rohaizat Zakariya
Majalah Mingguan Wanita



*Jenama FAREEDA telah berdaftar dengan PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA untuk kategori pakaian*

Meniru atau menciplak produk dengan paten dan jenama FAREEDA adalah menjadi satu kesalahan. Tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak berkaitan melalui peguam syarikat yang telah dilantik.

Jika terdapat produk tiruan dengan paten dan jenama FAREEDA dipasaran, pihak pengedar/pengguna boleh terus SMS : PRODUK TIRUAN FAREEDA - (nyatakan NAMA TEMPAT DI TEMUI / KEDAI) ke talian 013-4305950 untuk pihak kami mengambil tindakan selanjutnya.

Kerjasama pihak pengedar amat diperlukan agar bersama kita jadikan jenama FAREEDA mampu berdaya saing dengan jenama dari luar negara.

Tudung FAREEDA anggun digayakan

Wanita bertudung masih boleh kelihatan anggun jika pandai memilih tudung, gaya dan aksesori.

Bahkan, corak dan gaya tudung sememangnya menampilkan perubahan yang begitu ketara bagi mengetengahkan lagi sifat kewanitaan pada si pemakai.

Bagi kebanyakan wanita, tudung bukan sekadar memakainya dan mengayakan kerongsang di atas bahu atau di bawah dagu. Ia memerlukan teknik supaya nampak bergaya.

Justeru itu, untuk tampil berbeza, tudung jenama FAREEDA bakal memberi ‘wajah baru’ kepada wanita kerana ia sesuai dan mudah digayakan sama ada untuk aktiviti kasual atau majlis rasmi.

Hasil kreativiti pemilik FAREEDA House of Scarf, Faridah Zakaria, setiap tudung ciptaannya bukan sahaja sebagai penutup aurat wanita tetapi turut menjadi penyeri kepada penampilan mereka.

‘‘Wanita perlu nampak berseri dan anggun walaupun bertudung. Justeru itu, saya turut menghiaskan tudung FAREEDA dengan hiasan seperti manik dan jahitan sulam yang pasti membuatkan tudung itu lebih elegan dan kontemporari bila dipakai.

‘‘Teknik pemakaiannya juga sungguh mudah. Pertama, pinkan tudung di bawah dagu, lilitkan bahagian kiri ke belakang, pinkan tudung di atas kepala, ambil turun tudung ke bahu kanan, selitkan bahagian itu, sebelah kanan letakkan di atas bahu kiri dan kemaskan tudung, siap untuk digayakan,’’ kata Faridah.

Terdapat enam jenis tudung FAREEDA iaitu sama ada kain kosong, kain bercorak, bermanik, bersulam, berbiku dan berlapis dua yang diperbuat daripada kain import dari Itali, Korea, Thailand dan Perancis. Jenis kain yang digunakan ialah seperti yokyo sifon, dope, dyed, opal dan organza.

Dari segi warna, hampir 32 warna yang boleh dipilih sama ada dari saiz S hinggalah ke XL.

Cara cuciannya cukup mudah, hanya rendam sekejap di dalam air, sudah boleh terus dijemur dan jangan sesekali memasukkan ke dalam mesin basuh kerana akan merosakkan kepala tudung.